MEE KARI HJ DAUD MAT JASAK
MEE KARI HJ DAUD MAT JASAK
Ipoh juga memiliki keunikan makanan yang tersendiri yang jarang didapati di tempat lain seperti mee kicap dan mee kari Ipoh yang popular di seluruh negara.
Kini dengan mudah anda akan mendapati peniaga mee kari akan meminjam frasa mee kari ipoh untuk melambangkan kualiti mee kari yang dijual.Tetapi mee kari ipoh amat "aunthetic" dan mempunyai aura yang tersendiri.
![]() |
Restoren Mee Daud Mat Jasak |
Restoren Daud Mat Jasak merupakan penyaji mee kari yang dikatakan terbaik Ipoh malahan pengunjung dari luar sanggup menempuh kesesekan lalulintas Ipoh untuk mencari restoren ini. Dengan, komponen-komponen mee kari yang lengkap seperti 'fishballs' , tauhu serta kuah yang pekat dan lemak, sesiapa sahaja pasti mudah tertawan dengan rasanya walaupun sedikit muak jika dimakan dalam kuantiti yang banyak.
![]() |
Mee Karinya yang memang terkenal di Ipoh |
![]() |
Komponen-komponen di mee kari itu |
Selain mee kari, mee kicap turut menambah keunikan restoren ini. Mee kicap amat popular di Ipoh dan menu ini sukar dicari di tempat lain. Penggemar kicap pasti sekali tidak akan melepaskan menu ini yang memang sedap dan berperisa.
![]() |
Mee Kicap |
Biasanya, mee kicap disajikan dengan yong taufu sup dan komponen yong taufu itu boleh dipilih sendiri.Malah yong taufu juga merupakan menu di restoren ini dan anda boleh memesannya sendiri.
Mee sup juga merupakan antara menu yang turut memikat. Selain mee, isinya boleh diganti dengan bihun ataupun kueyteow. Terdapat kueyteow kari , kueyteow sup dan juga kueyteow kicap selain bihun.
![]() |
Bihun Kicap |
![]() |
Memang enak sampai menjilat mangkuk |
Cara nak pesan pun memang senang. Kita hanya perlu cakap nak makan mee kicap ke, bihun kicap ke, kueyteow kicap ke dengan fishball sup atau kari. Kita juga boleh memilih fishball dengan sendiri atau memberi mereka yang cadangkan.Harganya memang berpatutan dan memang berbaloi.
Waktu operasi kedai ini adalah dari 10 pagi hingga 10 malam. Kekadang, waktu operasinya bergantung kepada sambutan orang ramai. Kalau habis awal, tutup pun awal .
Anda harus mencuba Mee Kari mereka jika anda berada di Ipoh bila-bila. Alamat kedai tersebut ialah ⇒ No 1 &, 2, Jalan Dato Onn Jaafar, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak, Malaysia
Kalau anda mahu mendengar lebih tentang kedai ini daripada orang ramai, pautan di bawah akan membantu anda :
Comments
Post a Comment