NASI VANGGEY
NASI VANGGEY (NASI GANJA)
Pernah dengar pasal Nasi Vanggey? Aku rasa ramai yang pernah cuba makan nasi vanggey ini. Kalau ke Ipoh, Perak mesti kena cuba ini, kerana nasi vanggey merupakan satu trademark di Ipoh. Kalau tak pernah cuba adalah sangat merugikan.
Vanggey yang bermaksud “Mari” dalam bahasa Tamil sememangnya sudah terkenal di Ipoh dan dinikmati oleh semua bangsa tak kira Melayu, Cina ataupun India. Nasi Vanggey juga dulu terkenal dengan panggilan Nasi Ganja dikalangan orang Melayu.
Semua bangsa menikmati nasi ganja |
Walaupun sekarang sudah terdapat banyak cawangan Nasi Vanggey, tetapi Nasi Vanggey original adalah yang terletak di Jalan Yang Kalsom, iaitu sebuah Kedai Kopi peniaga cina iaitu Yong Suan. Nasi Vanggey dijual di bahagian hadapan kedai kopi, manakala pemilik kedai kopi ini pula hanya menjual air minuman sahaja. Siapa sangka kedai yang kelihatan seperti kedai makanan cina ini, rupanya menjual nasi yang menjadi ketagihan ramai orang.
![]() |
Rupa kedai tersebut |
Nasi Ganja ni sebenarnya nasi kandar sahaja, alah nasi kandaq bak kata orang Penang. Tapi tatau la apa ke jadah nama dia boleh jadi nasi ganja. Mungkin sebab bila kita dah rasa, teringat-ingat sampai sekarang kot. Itulah istimewanya nasi ganja ni.
Perniagaan Nasi Vanggey ini tidak putus-putus diserbu pelanggan yang ingin mencuba keenakan nasi ini. Walaupun ramai orang, tetapi layanan mereka sangat cepat dan membuatkan kita terasa beratur sekejap saja.
Masa mula-mula sampai kat kedai ni, terkejut jugak tengok bukan main ramai manusia pelbagai bangsa tengah beratur sampai ke luar kedai, walhal baru je pukul 11.30 pagi. Sampai-sampai je terus kami pun masuk dalam barisan. Lepas tu pelayan tu beritahu kami, kalau nak makan kat situ tak perlu beratur, boleh terus duduk di meja. Yang beratur tu untuk yang nak bungkus bawak balik je.
Nasi Vanggey di sini dijual sekitar RM6untuk set ayam dan terdapat beberapa pilihan lauk lain seperti ikan dan daging.Lauk pauk utama adalah ayam goreng, dan telur masin, disiram pulak dengan kuah kari ikan dan bendi. Lepas itu ada sambal kelapa yang sedap. Keistimewaan Nasi Vanggey ini adalah pada sambal karinya yang sedap dan pekat. Kalau siapa yang tak tahan, mungkin boleh sakit perut dibuatnya. Ayamnya pula berwarna merah dan penuh dengan rempah ratus yang unik.
![]() |
Sedap kan ? |
![]() |
Kalau makan sekali, mesti nak lagi ! |
Di sini kita boleh lihat pelbagai jenis bangsa sedang menjamu Nasi Vanggey. Bagi sesiapa yang tidak gemarkan makanan pedas, mungkin Nasi Vanggey di sini bukanlah pilihan buat mereka.
Mengikut sejarah, Restoran Yong Suan ni telah dibuka sejak tahun 1960 an, dan bertahan hingga sekarang. Kalau tengok keadaan restoran pun boleh tahu la, sebab senibina klasiknya masih kekal utuh.
Memang kedai ini muat banyak orang |
Sekali rasa, Nasi Ganja ni memang ada keistimewaannya la.Memang boleh tahan juga sedapnya dan tak hairan kalau ada yang sanggup datang setiap minggu beratur depan kedai semata-mata nak beli Nasi Ganja ini. Memang berbaloi kepada aku untuk beratur di barisan yang panjang ini kalau kita dapat makan makanan seperti ini.
Kalau korang juga nak beratur untuk menikmati nasi ganja yang memang sedap, sila ke kedai yang beralamat ➡Nasi Kandar Yong Suan (Nasi Ganja) Jalan Yang Kalsom,Taman Jubilee, 30250 Ipoh, Perak.
Kedai ini beroperasi dari pukul 9:30 a.m hingga 5:oo p.m .
Nak dengar banyak lagi pandangan orang ramai tentang nasi ganja yang enak belaka ini ? Sila klik pautan di bawah ⇓
Comments
Post a Comment