Chicken rice bang !!!!!
IPOH Hainan Chicken Rice
Selepas menghadiri majlis konvokesyen, sejak perut dah minta diisi, adik aku bagi cadangan untuk singgah di Ipoh Hainan Chicken Rice. Dalam hati aku, alah nasi ayam je pun, apa yang sedap dengan Ipoh Hainan Chicken Rice??
![]() |
pandangan hadapan restoren tersebut |
![]() |
suasana dalam restoren itu |
Nasi Ayam Hainan ni sedikit berbeza dengan nasi ayam biasa. Untuk lauk ayam, pelanggan boleh memilih untuk ayak panggang (roasted) atau ayam stim (steamed). Selain itu, ada pelbagai pilihan ‘side dishes‘ untuk dikombinasikan bersama nasi ayam Hainan. Masa ni tengah lapar, jadi aku nampak semua ‘side dishes’ di sini sedap belaka.
![]() |
makanan yang kami pesan |
Inilah hasilnya kalau masing-masing sedang kelaparan. Selain Roasted Chicken, kami memilih, Deep Fried Tauhu with Oyster Sauce, Kerabu Mangga & Lemon Chicken. Sedap ke tak? Yeahhh..sedap gilerr..kena dengan selera aku. Nak-nak memang tengah lapar kannn..tauhu goreng tu memang sedap, patut kalian cuba. Kerabu Mangga masam-masam manis tidak perlu cakaplah. Chicken Lemon tu antara yang paling sedap yang pernah aku makan seumur hidup aku.
![]() |
lemon chicken !!! |
Bagi aku, nasi ayam ini, sedapnya dikira pada ayam & sambal tu selain daripada nasi ayam yang ditanak bersama pati ayam. Setuju? Bagi aku la kan, bagi kamu, aku tak tahu. Kesimpulannya, "WORTH IT !" Aku singgah di sini walaupun kena saman dengan Majlis Bandaraya Ipoh.
Harga? Bagi aku sangat berbaloi dengan rasanya yang sedap. Sebenarnya terdapat beberapa pilihan menu mengikut bajet anda. Ada didatangkan dalam set dan ada untuk 'ala-carte'. Nak tahu lebih lanjut tentang rasa , jangan lupa singgah di Restoran Ipoh Hainan Chicken Rice apabila korang berada di sini ya.
Burppp ~~~aku kurang gemar makan nasi ayam di kedai, tetapi kali ini amat memuaskan selera. Terbaikk...burpp..opss..Kenyang makan nasi ayam Hainan tanpa was-was sebab ianya disahkan halal oleh Jakim dan pemiliknya adalah Muslim! Burpp sekali lagi….
个个个untuk mengetahui lebih lanjut, tontonlah video ini 个个个
Alamat Ipoh Hainan Chicken Rice:
107, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak
Untuk mengetahu tentang pandangan pelanggan , sila ke laman web tersebut ↓↓↓
Comments
Post a Comment