RESTORAN SIMPANG TIGA
Restoran Simpang Tiga – Masakan Padang.
Lepas je check-in hotel, perut dah bising minta diisi. Sebelum ni aku tak tahu sangat pasal restoran ini. Ini pertama kali dengar, pertama kali singgah. Terletak di Greentown Square Ipoh, beberapa minit je dari Hotel Ritz Garden kami. Restoran ini mempunyai ruang makan di dalam yang berhawa dingin dan luar.
Selain masakan panas, terdapat juga juadah lauk masakan Padang untuk pilihan pelanggan.Masakan Padang atau Masakan Minang adalah menu istimewa masyarakat Minangkabau dari Sumatera Barat, Indonesia.Kalau nak menikmati masakan Padang yang lazat yang sama seperti di Indonesia, Restoren Simpang Tiga adalah pilihan yang tepat. Dengar cerita, Restoran Simpang Tiga ni sentiasa penuh samada hari biasa atau hari minggu.
Walaupun penuh, layanan pelanggan mereka tetap mesra. Semasa aku rambang mata nak makan apa, ada seorang krew restoran bantu aku untuk memilih lauk yang ada. Siap dia boleh cadangkan dan terangkan apa benda lauk itu.Dia yang banyak cadangkan apa yang sedap dan sentiasa menjadi pilihan pelanggan jika ke Restoran Simpang Tiga. Maklumlah, bab-bab masakan Padang ni aku kurang sikit.
![]() |
pandangan keseluruhan dari luar restoran |
![]() |
suasana di dalam restoran |
Jika kita sebut masakan Padang, sah-sah dalam kepala kita terfikir pelayan akan bawa beraneka lauk-pauk dan letak atas meja depan pelanggan. Pelanggan pun dengan lahapnya melantak kesedapan, dan cashier hanya akan kira makanan yang dijamah.
Makanan yang tak terjamah akan dibawa masuk balik ke dapur dan dipanaskan untuk hidangan pelanggan yang lain pula. Itu biasanya berlaku di Indonesia.
Tapi kaedah itu jarang sangat diamalkan di mana-mana restoran Padang di Malaysia atas faktor kebersihan.Memandangkan pelanggan terdahulu ada terbersin terpercik air liur dan sebagainya. Di
Restoran Simpang Tiga, pelanggan akan pilih dahulu apa yang hendak dimakan, barulah waiter atau waitress bawa ke meja pelanggan.
Antara menu yang kami pilih adalah gulai ayam kampung, ayam penyet, ikan pekasam loma, ikan jenahak bakar berempah, gulai nangka dan sambal merah serta sambal belacan. Minum pula jus avocado untuk orang rumah dan aku mencuba minuman ala minang yang disyorkan oleh waiter bernama Azra. Nampak banyak untuk 5 orang makan kan, tetapi kami dapat juga habiskan semua itu.
![]() |
makanan yang kami pesan |
Minuman ala Minang, kata Azra antara yang istimewa di Restoran Simpang Tiga. Minuman ini adalah campuran air berkarbonat seperti sprite yang dicampur dengan potongan kecil buah-buahan.Pada aku agak sedap dan tidak terlalu manis, kalau tambah saiz potongan buah lagi bagus hahaha !
Jus avocado pula, ibu kata sedap tapi aku cuba, tak sedap la pula. Sebab rasa semacam dan aku pula bukanlah peminat tegar avocado !
Lauk-pauk pula, paling sedap adalah ikan pekasam loma, ikan pekasam yang disediakan mengikut cara Minang. Kalau makan dengan nasi panas, mahunya bertambah lima atau enam pinggan.
Memang padu la ! Aromanya cukup wangi, basuh tangan pun tak hilang dia punya bau.Kena pula dengan sambal merah dan sambal belacan, sehingga menjilat jari dibuatnya. Sambal pun tidak terlalu pedas, dan ada rasa manis sedikit, pendek kata secukup rasa.
Gulai ayam kampung dan gulai nangka memang lemak berkrim disukai ramai. Gulainya cukup pekat dan likat, naik kolesterol pemakan tapi masa makan mana nak ingat itu semua.Ayam penyet biasa-biasa sahaja, sedap tapi tidak lah lain daripada yang lain ! Kira boleh, lah tak rugi order.
![]() |
Minuman ala Minang yang aku pesan |
![]() |
Jus Avocado kegemaran ibu aku |
![]() |
WOW !!! |
Kesemuanya, kami cuma bayar kurang dari RM50 untuk kesemua hidangan di atas. Kira berpatutan jugalah berbanding sesetengah restoran yang kami pernah masuk sebelum ini.
Info tambahan, restoran ini dibuka setiap hari dari seawal jam 11 pagi sehingga 11 malam. Selain masakan Padang dan grill bakar segala, western food pun ada.
Alamat Restoren Simpang Tiga ini ialah ➡ D-G, Jalan Dato Seri Ahmad Said, Kampung Kastam Greentown, 30450 Ipoh, Perak, Malaysia
Untuk mengetahui lebih tentang layanan mereka dan restoren ini, sila ke klik pautan berikut ⬇⬇
Alamat Restoren Simpang Tiga ini ialah ➡ D-G, Jalan Dato Seri Ahmad Said, Kampung Kastam Greentown, 30450 Ipoh, Perak, Malaysia
Untuk mengetahui lebih tentang layanan mereka dan restoren ini, sila ke klik pautan berikut ⬇⬇
Comments
Post a Comment